Friday 15 March 2013

3
Komen

Mak tolong jangan pergi mak......



 Assalamualaikum sahabat-sahabat , haiii rindu Acap tak? mesti rindukan , dah lama dah acap tak updates blog ni now acap nak updates kat korang satu cerita ini , nak kata sedih tu tajuk dia memang sedih tapi terpulang korang untuk menilai ok . Nowwww jum kita selami kisah ni dengan menghayati kisah ini dengan sedalam2nya :)


...Kisah bermula dengan dengan satu kelurga Mak Sal , dalam kelurga Mak Sal menpunyai 2 orang anak sorang perempuan yang bernama Nabila dan seorang lagi lelaki yang bernama Nabil . Anak2 Mak Sal masih lagi kecil2 . Hidup Mak Sal menjadi susah apabila suaminya meninggal dunia akibat kemalangan ketika pulang hendak melihat Mak Sal melahirkan anak mereka iaitu Nabil .

...Mak Sal menyara hidup dengan menoreh getah dan mengambil upah mencuci pakaian di rumah org, Nabila yang merupakan anak sulung yg berusia 12 tahun mula melihat mak yang tidak berdaya untuk berkerja seorang mengambil keputusan untuk berhenti sekolah tapi Mak Sal tidak membenarkan katanya" Ila harus bersekolah demi masa depan kamu nak , nanti bila ibu dah tiada siapa lagi yang nak jaga adik kamu kalau bukan kamu "

....di setiap pagi sebelum keluar mencari reseki Mak Sal akan mengucup seorang demi seorang anak nya , terasa kasih syg ibu yg tak ternilai buat ila setelah sedar yang ibunya menciumnya dgn penuh kasih syg . Sebenarnya Mak Sal menghidapi sakit Barah Payu Dara yg di rahsia kan dari anak2nya , sesekali dia menahan sakitnya dan dia masih tersenyum di depan anak2 nya sedangkan dia amat sakit ketika tu sehingga mengeluarkan air mata .

....hujan turun dengan lebat dan tak berhenti2 selama seminggu , ini menyebabkan Mak Sal dan anak2nya tidak mampu makan di sebabkan bekalan makanan di rumah sudahpun habis , dek tak sampai hati melihat anak2nya yg kelaparan . Mak Sal berkata " Ila tolong jaga adik baik2 ," mak nak keluar sekejap saja ni nanti mak pulang ya , kalau mak tak pulang bagitau adik yang mak sygkan dia sambil mengusap dahi anak lelakinya sedang tidur dlm buaian"  dia sanggup meredah hujan yang lebat untuk ke pasar , ketika dalam perjalanan pulang dari pasar sedang Mak Sal melintasi jalan raya tiba2 ada sebua lori besar yang datang lalu merempuh serta mengilis tubuh Mak Sal dengan sadisnya ,

....Tubuh Mak Sal meronta2 di tengah jalan ketika hujan lebat dan ramai orang yang terkejut dan hanya mampu melihat tubuh Mak Sal yg di gilis sebuah lori besar itu mengelupur ketika berhadapan dengan sakaratul Maut !!

....di rumah pula , Ila yang terjaga dari tidur akibat mimpikan maknya yang datang kepadanya dalam kedaan tersenyum sambil berkata " mak nak pergi jauh nak , maafkan mak sebab tak dapat menjaga ila dan abil lagi sebab masa mak dah sampai . mak syg anak2 mak *sambil menitiskan air mata lalu hilang dari mimpi ila* mula risau ibunya tidak pulang mula memasang niat untuk mencari ibunya di pasar,  dengan perasaan yg kurang enak dia keluar mencari maknya di pasar dengan membawa adiknya sekali .

...di dalam hujan yg lebat , Ila dan adiknya meredah hujan dan sampai ke pasar dan melihat orang ramai hadapan pasar dengan perasaan yg ingin tahu dia menghampiri org ramai dan terlihat satu tubuh yg memakai baju yg sangat di kenalinya yg edang melawan dengan sakaratul Maut dan dia tahu itu ada maknya  .

....tanpa membuang masa dia terus mendapatkan maknya dengan merintih di tepi telinga ibunya sambil menangis " mak mak mak ..... jangan pergi tinggalkan kami makkkk...sapa nak jaga kami mak , kami sayangkan mak..kalau mak pergi dengan siapa lagi kami nak bermanja dan siapa lagi di setiap pagi nak cium kami di dahi dan kalau mak pergi wajah siapa lagi yang kami nak tatap di kala kami bangun tidur kalau wajah emak :'( , Ila merintih lagii " abil masih kecil dan dia perlukan mak , mak mak mak...tolong lah bangun makkkk jangan tinggalkan kami......"rintih Ila sambil menangis teresak2, ketika itu ibunya sudah kaku tak bernyawa lagi .

- tamat -


...Bersyukurlah kita sebab kita ada lagi kedua-dua ibu bapa kita yang bila kita bangun saja kita dapat tengok muka diorang dan kita masih mampu tersenyum . Jaga lah hati orang tua dan jangan sakitkan hati mereka . Buat lah mereka rasa bangga dengan kita sementara mereka masih hisup :) -Assalamualaikum-
Terima kasih sudi baca, kalau boleh komenlah sekali :)

3 comments: